Thursday 20 October 2016





PENULIS KHABAR DARI LANGIT.

Nur Ezaty Nazihah Bt Mohd Salleh 
(10DIP14F1028)

Nur Ajeerah Shah bt Ibrahim
(10DIP14F1080)

Siti Noor Hidayah bt Abd Aziz
(10DIP14F1025)

Raymond Leong Che Wai
(10DIP14F1030)

Abdul Rahman Bin Syed Farook
(10DIP14F1086)

Alif Aisamuddin bin Md Yunus
(10DIP14F1018)

KESANTUNAN BAHASA




Kesantunan Bahasa merujuk kepada penggunaan Bahasa yang sopan, baradab, lemah lembut serta tidak menyiggung perasaan pendengar.Ia juga dituturkan oleh setiap penutur boleh mengelakkan berlakunya salah faham yang boleh menyebabkan berlakunya ketegangan.
Dalam Islam,konsep kesantunan berbahasa dapat dirujuk melalui beberapa perbahasan yang terkandung dalam al-Quran yang berkaitan dengan etika komunikasi sebagaimana penelitian yang dibuat oleh Nur Damia dan Zulkifli(2015) :


1. Qaulan sadida(Surah al-Nisa’ 4:9), iaitu medium Bahasa yang digunakan mestilah jujur dan benar pengisiannya.

2. Qaulan ma’rufa (Surah al-Nisa’ 4:8), menyarankan agar manusia dapat berkomunikasi dengan Bahasa yang tidak menyentuh jiwa dan perassan khalayak.

3. Qaulan maisura (Surah al’Isra’ 18:28), melalui ayat ini, para pendakwah diperingatkan bahawa maklumat yang disebarkan mestilah mampu difahami dan sesuai dengan tahap kemampuan para pendengar.

4. Qaulan karima (Surah al-Isra’ 17:23); menjelaskan bahawa Bahasa dan perkataan yang diungkapkan mestilah mempunyai nilai yang baik dan mulia.

PERKAUMAN


Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa Islam merupakan agama yang bersifat universal(‘alamiyyah). Agama Islam diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia dengan tidak membeza-bezakan bangsa dan warna kulit. Islam tidak sekali-kali menyuruh umatnya bersikap taksub malah menganjurkan masyarakat Islam dan bukan Islam tinggal di tanah air yang sama dengan aman dan bahagia.
Menurut Isalm, keamanan negara berkait rapat dengan perpaduan ummah. Sikap ingin menjaga kesejahteraan adan kemakmuran negara adalah menjadi tanggungjawab semua individu bagi sesebuah negara

Islam menggariskan dua perkara yang berikut demi kebaikan negara :

1. Mengadakan usaha untuk mengukuhkan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

2. Mengelakkan sebarang perkara atau tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Contoh peristiwa isu perkauman yang pernah terjadi di negara kita .


Saturday 15 October 2016

HIBURAN MELAMPAU

Pengenalan Kepada Hiburan Melampau 

Hiburan merupakan suatu perkara yang diminati oleh manusia secara fitrahnya. Bahkan hiburan merupakan satu elemen dalam kehidupan. Adapun konsep hiburan itu berbeza-beza dan minat seseorang juga berbeza-beza mengikut kecenderungan masing-masing.
     
  Islam tidak memperincikan apa bentuk hiburan tersebut, ia terserah kepada kesesuaian individu, tempat dan masa yang sentiasa berubah-ubah. Apa yang pasti hiburan adalah subjektif yang memberikan maksud sesuatu (perbuatan, benda dan sebagainya) yang memberikan kegembiraan dan menyukakan hati.   

      
 Maka hiburan tersebut adalah luas bentuknya samada dalam bentuk suara seperti nyanyian, gurindam, sajak atau perbuatan seperti tarian, berlakon, bersukan atau ia merupakan sesuatu benda / objek seperti alatan muzik, buku, alatan sukan dan sebagainya.


ARKIB : 17/04/2005
Maksiat, hiburan melampau bimbangkan masyarakat
Oleh ASTORA JABAT

KEBIMBANGAN masyarakat terhadap maksiat, gejala sosial dan hiburan melampau semakin memuncak
Maksiat perbuatan peribadi?
Sebenarnya memang betul maksiat dan apa juga perbuatan jahat adalah perbuatan peribadi seseorang dan dialah yang bertanggungjawab ke atas dosa dan hukuman yang mungkin dikenakan di dunia dan akhirat.
Tetapi ini bukan bererti seseorang itu bebas secara mutlak dalam melakukan kejahatan peribadi kecuali jika dia melakukannya secara tersembunyi tanpa pengetahuan orang dan tidak memudaratkan masyarakat. Jika dalam keadaan begini seseorang itu melakukan kejahatan, dia dianggap bebas untuk melakukannya. Dari segi hukum agama pun dia dianggap terlepas daripada hukuman di dunia. Bagaimanapun, di pihak lain dia tidak bebas daripada dosa dan hukuman di akhirat terhadap perbuatan jahatnya kecuali jika bertaubat dan melakukan banyak kebajikan untuk kepentingan orang ramai. Taubat dianggap pembersih dan kebajikan dianggap penghapus dosa seseorang.
Berikut ini penulis menyiarkan penjelasan seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengenai tindakan majlis agama itu menguatkuasakan undang-undang ke atas sekumpulan orang Muslim yang berpesta secara melampau di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur pada 23 Januari lalu.
Penjelasan pegawai JAWI ini dianggap berbeza dari semua berita dan maklumat yang pernah disiarkan dalam pelbagai media sebelum ini.
Bacalah penjelasan pengawai JAWI di bawah dengan teliti dan nilailah apakah perbuatan orang-orang Muslim di premis hiburan yang didakwa sebagai salah daripada undang-undang Islam itu tergolong daripada perkara peribadi yang tidak patut dikenakan hukuman?
Pegawai JAWI itu menjelaskan apakah punca menyebabkan pihaknya terpaksa mengambil tindakan ke atas mereka itu.
Pegawai JAWI mendakwa pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai bahawa ada di antara pengunjung pusat hiburan berkenaan terlibat dalam pesta seks. Pada mulanya penulis menyangka apa yang dianggap pesta seks hanya tarian lucah atau bogel saja. Tetapi dalam penjelasan yang lebih lanjut pegawai JAWI itu menjelaskan secara terang-terangan bahawa apa yang dimaksudkan pesta seks itu ialah tindakan melakukan hubungan seks.
 Tercengang penulis mendengar penjelasan pegawai JAWI itu kerana jika benar seperti didakwa, bererti orang Melayu atau orang Islam telah sampai ke tahap keruntuhan akhlak yang sangat teruk. Penulis tidak dapat membayangkan macam mana orang Melayu sanggup melakukan hubungan seks depan orang ramai di pusat hiburan.
Pegawai JAWI berkenaan juga menjelaskan mengenai perangai orang Melayu bila mabuk sanggup melakukan apa saja.. Punca mereka menjadi begitu kerana mereka tidak terbiasa dengan arak seperti orang bukan Muslim. Dengan itu, bila mereka bertemu dengan arak walaupun tidak banyak yang diminum, tetapi mabuk lebih teruk daripada orang yang minum tiga tempayan.

Selain semua daerah atau jajahan dikategorikan sebagai kawasan hitam, penyalahgunaan dadah di Kelantan juga kini turut membabitkan kanak-kanak dalam usia semuda 13 tahun.
Ketika di negeri-negeri lain, gejala dadah berlaku sekitar bandar atau di kawasan rancangan pembangunan tanah, di Kelantan ia merebak hingga ke setiap ceruk kawasan perbandaran, perkampungan nelayan dan kampung-kampung jauh di pedalaman seperti tanah-tanah rancangan Felda.

PENYEBARAN FITNAH

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Dalam ayat ini, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman percaya kepada berita angin. Allah menyuruh kaum mukminin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka. Tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya. Ingatlah, musuh-musuh kamu senantiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kamu. Maka wajib atas kamu untuk selalu berwaspada, hingga kamu boleh kenal pasti orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar.
Fitnah disebarkan untuk memburuk-burukkan individu atau kumpulan kerana perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan layak dibandingkan orang lain. Ia juga menyebabkan nilai agama musnah daripada menjadi pegangan hidup dalam masyarakat. Apabila nilai agama yang menjadi tunjang kesempurnaan hidup hilang, maka banyak dosa dilakukan.

Ia juga tidak mempunyai asas kebenaran. Islam mengarahkan manusia supaya memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dalam berita berunsur fitnah. Justeru, wajib bagi orang Muslim menghalusi setiap berita yang diterima sebelum mempercayainya. Kesahihan berita dapat dilakukan dengan melihat kepada fakta dan sumber berita.
Sekiranya berita yang diterima belum diketahui kebenarannya, jangan kita membicara atau menyebarkannya. Rasulullah bersabda: “Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat”. – (Hadis riwayat Muslim).
Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran penting bagi memastikan kita tidak terpedaya dengan berita palsu berunsur fitnah. Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki dulu (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, kerana kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan”.
Dalam era teknologi maklumat, penyebaran fitnah mudah dilakukan melalui alat komunikasi tanpa perlu berdepan dengan orang lain, malah identiti penyebar juga dirahsiakan.
Dosa fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, ia tidak diampunkan Allah melainkan orang yang difitnah memberi keampunan. Tentu sukar untuk mengakui kesalahan sendiri dan memohon keampunan daripada orang lain.
Dosa fitnah juga menghalang kita masuk syurga. Rasulullah bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”. – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Penyebar fitnah akan diberi malu oleh Allah apabila dibangkitkan pada akhirat kelak. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menyebarkan kata-kata yang memalukan seorang Muslim dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat”. – (Hadis riwayat Ibn Abid Dunya dari Abu Zar).
Siapakah yang akan terlibat dengan dosa besar fitnah?
1. Individu yang mula-mula mencipta dan merancangan berita fitnah itu dengan diubah suai gambar-gambar palsu  dan dimuatkan dalam internet 
2. Semua akhbar yang memuatkan dalam akhbar mereka tanpa usul periksa di petik daripada laman sosial dan membenarkan berita-berita atau gambar-gambar berupa fitnah tersebut.
3. Sesiapa sahaja yang ‘share’ dan ‘like’ dan mempercayai dan menyebarkan pula berita fitnah tersebut kepada rakan-rakan mereka dalam facebook atau blog.
4. Semua saluran televison yang menyiarkan berita fitnah dan membesar-besarkannya seolah-olah perkara tersebut benar-benar berlaku tanpa membawa saksi dan bahan bukti yang sahih.
5. Semua NGO , kelab, persatuan, pemimpin parti politik , pemimpin masyarakat, bekas pemimpin negara, pensyarah, wartawan, penulis blog dan artis yang menyokong dan memberi komen negatif tanpa membawa saksi yang adil terhadap berita fitnah terutama yang melibatkan tuduhan zina atau liwath maka mereka semuanya akan mendapat saham DOSA BESAR . Sia-sia sahaja amal soleh dan amal ibadah mereka di dunia kerana seronok mempromosikan berita fitnah dan tuduhan jahat . Termasuk juga individu yang hebat memperkatakan Islam dan pakar motivasi tetapi tewas dengan hasutan syaitan mudah mempercayai fitnah dan tuduhan zina dan liwath kepada seorang muslim tanpa membawa 4 orang saksi yang adil. Setakat dakwaan tidak cukup untuk disabitkan kesalahan seseorang muslim.

Wednesday 12 October 2016

ISU-ISU KOTEMPORARI


Isu kotemporari merupakan isu masa kini yang berlaku atau penguasaan ke atas kehidupan manusia bukan saja di negara kita tapi diseluruh negara. Antara isu-isu kotemporari yang sering terjadi masa kini ialah :


1. Isu Perkauman
2. Penyebaran Fitnah
3. Hiburan Melampau
4. Kesantunan Bahasa


Tuesday 11 October 2016

INTEGRASI BUDAYA DALAM PERAYAAN


Malaysia adalah Negara yang dihuni oleh pelbagai bilang kaum. Oleh itu rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dan hidup yang berbeza. Kepelbagian budaya memerlukan beberapa perkara asas bagi mewujudkan keharmonian dalam hubungan sosial. Menurut Che Bakar (2007) antara perkara asas adalah seperti berikut:

  1. Kemesraan komunikasi
  2. Budaya ziarah-menziarahi
  3. Budaya mengambil tahu
  4. Budaya aling menghormati
  5. Budaya saling berkasih saying
  6. Islam dan masyarakt majmuk
  • Hak keselamatan
  • Hak dan kebebasan peribadi
  • Hak kebebasan tempat tinggal dan bergerak
  • Hak dan Kebebasan beragama serta berfikir
  • Hak dan persamaan dalam undang-undang
  • Hak dan kebebasan ekonomi
  • Hak dan kebebasan bekerja
  • Hak memperoleh jaminan sosial

Hukum menyambut perayaan agama lain menurut islam

  • Ucapan selamat yang diberikan oleh umat islam kepada masyarakat bukan islam ketika sambutan perayaan adalah diharukan dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan-ungkapan syirik atau kufur.