Sunday 9 October 2016

KONSEP PERSAUDARAN

“Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara kerena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah SWT supaya kamu mendapat rahmat.”

Konsep persaudaraan merupakan ikatan kerohanian yang boleh menimbulkan perasaan yang mendalam dalam diri seseorang tentang belas kasihan, cinta kasih dan penghormatan. Sebenarnya persaudaraan boleh terjadi melalui tiga cara, iaitu kelahiran, susuan dan akidah.


Kelahiran

Merujuk orang yang berkongsi ibu bapa iaitu saudara kandung. Menerusi perkahwinan seterusnya  yang disebut sebagai keluarga tiri juga persaudaraan.

Susuan

Kata Mahmud Muhammad Babeli (2002), saudara juga boleh terjadi menerusi penyusunan yang dikenali sebagai saudara sususan. Hubungan ini lahirnya dari ungkapan “saudara” atau Wahai saudara” apabila berjumpa dengan orang yang dikenali

Akidah

Adalah persaudaraan atau perkongsian akidah. Hubungan ini wujud apabila disebut “saudara seagama” atau “saudara di sisi Tuhan”.

Untuk memrealisasikan konsep persaudaraan dalam islam ini terdapat beberapa perkara perlu dilaksanakan iaitu :

  1. Kasih saying dan benci hanya Allah SWT
  2. Mengutamakan orang lain
  3. Berkerjasama
  4. Perasaan belas kasihan
  5. Saling menasihati
  6. Saling membantu sesama islam



No comments: